Monday 5 May 2014

2 BULAN DIPERLUKAN SEBELUM PERALATAN BAHARU MULA CARI MH370

CANBERRA 5 Mei - Australia memaklumkan sekurang-kurangnya dua bulan diperlukan sebelum kelengkapan baharu yang lebih canggih dapat memulakan pencarian pesawat MH370 di dasar laut yang belum pernah dipetakan.
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu itu ketika membawa 239 orang telah dihentikan minggu lalu selepas gagal memperoleh apa-apa petunjuk meskipun pencarian di selatan Lautan Hindi telah meliputi 4.64 juta kilometer persegi.
Australia hari ini menjadi tuan rumah kepada mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan Malaysia dan China untuk menentukan langkah selepas ini yang memberi fokus kepada mempergiat pencarian di dalam air.
China turut terlibat kerana dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warga China, manakala penerbangan pesawat berkenaan dipercayai berakhir di kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Australia.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengakui pencarian itu akan mengambil masa lama memandangkan dasar laut di beberapa zon pencarian mempunyai kedalaman beberapa kilometer, selain tidak pernah dipetakan, justeru peralatan sonar dan kenderaan khas diperlukan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140505/lu_10/2-bulan-diperlukan-sebelum-peralatan-baharu-mula-cari-MH370#ixzz30qdvnQQe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment