Monday 5 May 2014

JUMPA MAYAT BAYI DALAM BEG KAIN

KOTA BHARU 5 Mei - Hasrat seorang penternak untuk memotong rumput bagi dijadikan makanan lembu yang dibela terbantut selepas dia menemui mayat seorang bayi lelaki cukup sifat di Jalan Dusun Muda di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dalam beg kain berwarna oren di gigi tali air yang penuh dengan semak-samun.
Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140505/je_08/Jumpa-mayat-bayi-dalam-beg-kain#ixzz30qckLe1A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment